Friday 8 May 2009

Majlis Aqiqah & BBQ Siri 1-09....

Assalamualaikum.....minggu lepas, Ahad, 3 May 2009....telah berlaku satu peristiwa kat bumi Birmingham...hehehe Majlis Aqiqah dan BBQ 09 Siri 1.....Majlis ni berlaku di Cannock, dalam 45minit dari Birmingham.....

Biasanya Majlis Aqiqah dan BBQ ni diadakan 2-3 kali setahun sebagai memberi laluan kepada family2 yg hendak buat Aqiqah disamping untuk mengeratkan silaturahim sesama sendiri....tahun ni pulak ramai yg dapat anak kat UK ni, so nilah peluangnya...hehehe...

So, seperti mana biasa, 2 menu utama ialah satey ayam dan steak kambing Aqiqah...kali ni, dlm 4 ekor kambing telah tumbang....rewang bermula pada hari Sabtu jam 3ptg....2 rumah menjadi pilihan....satu rumah untuk geng2 cucuk satey dan satu rumah untuk rewang steak kambing....rumah aku menjadi pot bagi steak kambing...sebabnya tekong duk umah aku....hehehe...(gambar atas tu tekong sedang mengacau bahan2 steak....)

Nak dijadikan citer, daging kambing telah dipotong tak mengikut spec yg betul...so, terpaksalah potong macam nak wat satey....aduhai....nasib baik, kalau ikutkan tekong dah taknak buat dah...hehehe...terpaksa ler pujuk....manakan idok, dah tak rope steak dah...hehehe...siap rewang steak hari tu dalam sekitar pukul 10mlm....

Majlis bermula seawal 9 pagi di Cannock Chase Park.....biasalah...memula datang tu, pasang khemah dulu...hehehe....lepas pasang khemah baru lah tolong2 apa yg patut....sudah semestinya kerja membakar satey dan steak memerlukan ramai tenaga.....so, disitu ler tempat aku menghabiskan masa dan mengenyangkan perut.....

Ada 5 dapur untuk membakar satey dan steak kali ni....cuaca pada hari tu alhamdulillah...cukup cantik.....kalau hujan tu alamatnya tak berjalan ler aktiviti ni....hehhe...

Rasanya kalau diadakan aktiviti seumpama ni, kanak2 lah yg paling seronok....sambil2 golongan bapa bertungkus lumus bermain dgn api dan asap...kaum ibu pulak giat menjalankan aktiviti sukaneka untuk anak2.....bersemangat betul tgk anak2 ni bersukan....hehehe...rasa nak join skali jer....

Jemputan khas sedang memberi ucapan alu2an, kiranya ucapan perasmian lah....dan sedikit taskirah....Ustaz Elfino ni merupakan pegawai dari MSD London....selepas ucapan perasmian dan doa, majlis mencukur dijalankan....aku jadi tukang pegang dulang jer...heheehe

Setelah selesai makan....selesai cukur jambul..selesai bersukaneka...makan majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan....yg seronoknya masih lagi kanak2...hehehe...yg bapak2 tu cuma seronok bila dapat cabutan bertuah jer...ternyata aku tak bertuah kali ni.....hehehe...

Dan setelah selesai sessi hadiah, tiba ler bab bergambar kaum bapa dan kaum ibu...pastu sessi membuka khemah dan mengutip sampah....hehehe...majlis tamat sekitar jam 5ptg....kiranya penat ler jugak tapi semuanya berbaloi....sampai jumpa lagi pada Majlis Aqiqah & BBQ Siri 2...Insyaallah...

1 comment:

ieda said...

salam madi ..

huhuhu best nyer kan .. biler ader majlis cenggini ... huhuhu ramai teman dan kenalan yg leh ramah mesra

huhuhu mu biler layie nak buat majlis cukur rambut anak nieh ...

hhehhe cepat sikit madi .. x sabaq nak tengok ...hheheh