Sunday, 14 December 2008

Setiap yg Hidup Pasti Mati....

Assalamualaikum......hari ni, Ahad 14 Dis 08, mendapat 2 berita kematian ibu dan ibu sedara rakan....nipun baru jer balik dari Majlis Tahlil dan solat ghaib jenazah.....pertama, berita kematian di Malaysia melibatkan ibu kepada seorang rakan di sini...Hadi nama dia....isteri dia (Kak Liza) sama2 bekerja kat tempat aku kerja.....Mak Hadi ni diberitakan menghembuskan nafas terakhir pada jam 9pg waktu Malaysia.....

Kedua, berita kematian Ibu Saudara seorg lagi rakan kat sini....Dr Syed Nasirin....Ibu Saudara Dr Nasirin ni meninggal pada jam 5pg waktu UK....Insyaallah,jenazah akan diurus dan kebumikan di UK ni pada Isnin ni......Dr Syed Nasirin ni lama dah bekerja di sini sebagai Pensyarah disalah sebuah Universiti di London ni.....

Semoga roh Allayarhamah dicucuri rahmat.....dan aku nak ucapkan takziah kepada kedua2 keluarga Allayarhamah.....semoga tabah hadapi dugaan ni.....

Salam......

"setiap yg hidup pasti akan merasai mati..... "

2 comments: