Assalamualaikum.....atas permintaan dnan yg nak resepi, ni aku masukkan resepi nak wat lasagna cara wife aku.....hehehe....rasanya cara masak simple jer, sesimple cara makan dia...hehehe...senang je ckp simple, sebab tugas aku simple jer...rasa dan makan...kuikuikui
Bawang2
Mince chicken or daging
Mix Vege...
Sos Lasagna
Sos Lasagna Putih
Lasagna Sheet
Grated Cheese
A. Isinya...1. Tumis bawang2 macam biasa.. nak ada pedas2 skit letaklah serbuk lada atau lada blend...
2. Dah garing, masukkan mince chicken (daging pun boleh)...
3. Dah nampak masak skit, masukkan mix vege..
4. Pastu Masukkan sos lasagna (kat sini guna dolmio-gambar atas).. kalau skit je mince chicken tu, letak sebotol dah cukup.. kalau banyak letak le 2 botol..
5. Kacau2 bg sekata.. tak perlu masak betul sebab nanti nak bakar dlm oven...
B. Cara lapisan
1. Lapiskan lasagna sheet (gambar)di bekas lasagna
2. Kemudian lapiskan dengan A (satu lapis)
3. Kemudian lapiskan dengan lasagna sheet lagi
4. Lapiskan dengan A
5. Kemudian lapiskan dengan lasagna sheet
6. Lapiskan dengan A (selalunya satu bekas tu buat 3 layer je)
7. Lapiskan dengan Sos Lasagna Putih (sini guna dolmio-gambar)
8. Bakar selama 30 minit dlm oven...
9. kemudian keluarkan dan letakkan cheese
10. Bakar semula dalam 20-30 Min hingga masak dan blh makan....
Selamat mencuba.....senang kan...hehehe...kalau rasa ada soklan, sila tanya ye...salammm...
No comments:
Post a Comment