Saturday, 21 June 2008

Alahai Roslan Aziz

Salam...

Semalam adalah baca harakah skit...terbaca ler tajuk Roslan Aziz mintak maaf kat sebuah parti politik kat Malaysia...dlm hati..menda pulak mamat ni buat sampai nak mintak maaf...pastu aku masuklah kat blog dia http://roslanaziz.blogspot.com/ ...oooo..baru leh faham...

"'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,' katanya kepada Malaysiakini...tulah antara kata2 Roslan lanjutan dari kontroversi konsert Ella dan Mas Idayu yg dijadualkan kat Selangor...

Aku bukan nak lebih2 pasal hal ni...lagipun Sdr Roslan dah buat permohonan maaf...bkn jugak disebabkan kenyataan tu ditujukan pada parti politik tertentu kerana aku bknlah ahli pada mana2 parti...cuma bagi aku kenyataan yg dibuat Roslan menghina golongan ulamak dan secara tak langsung menghina Islam...ulamak adalah pewaris nabi..tak kira dr parti mana..

Sebenarnya malas aku nak ulas panjang isu ni...blog nipun bkn blog politik..just blog peribadi jer..tapi sebagai Muslim aku rasa wajib bg aku mengatakan sesuatu...cukuplah Islam dihina...paling sedih dihina oleh org Islam sendiri...maybe isu nipun dah basi kat Msia...biasalah isu2 yg melibatkan agama susah nak jadi sensasi kat Msia jika nak dibandingkan isu2 lain..artis ke..minyak ke...malah isu hina Nabi pun kurang mendapat reaksi org ramai....

Teringat kata2 Naqib kat Majlis Ilmu....
"zaman sekarang ni,..org akan kata mcm2 kat umat Islam yg buat demo ke,tunjuk perasaan ke mengatakan perasaan/bantahan masing2 bila org hina Nabi kita...sekurang2nya ada jugak dihati mereka perasaan cintakan Nabi...kalau kita tak rasa apa2 langsung bila org Hina agama kita,hina Nabi kita..taktaulah apa saya nak kata...cuba cek balik diri kita...hati dah gelap kot..."

Maaf ler kalau ada tersilap kata...hehehe
Salammm...

Permohonan maaf Roslan Aziz..

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.


IKHLAS
Roslan Aziz

4 comments:

danny said...

sekarang kan dah akhir zaman. Semua yang berlaku ni'membenarkan'apa yang telah di beritahu oleh nabi kita. Jadi,diharap kita ni taklah menjadi salah satu statistik yang menjadi petanda akhir zaman. Contohnya kita tak derhaka pd ibubapa, zina berleluasa dll.

madier said...

..org jahil ckp pasal agama pun tanda2 kiamat nan..tu yg takut tu...tapi aku skadar nak luahkan suara hati jer..pesan-memesan antara kita...hehe

Jankaulu said...

I hear your voice, it's like an angel sighing
I have no choice, I hear your voice
Feels like flying
I close my eyes, Oh God I think I'm falling
Out of the sky, I close my eyes
Heaven help me...

danny said...

betul, org jahil bercakap hal agama pun merupakan petanda akhir zaman.